Pembahagian Alkitab Alkitab

Alkitab dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru. Perjanjian Lama adalah susunan koleksi kitab-kitab Ibrani manakala Perjanjian Baru disusun daripada koleksi tulisan-tulisan agama yang dikumpulkan pada awal kurun Masihi.

Perjanjian Lama

Perjanjian Lama adalah kitab-kitab yang ditulis sebelum Jesus memulakan layanannya dan diterima oleh masyarakat Kristian sebagai kitab suci. Secara amnya, ia adalah seiras dengan Kitab Yahudi dan cuma berbeza dari segi susunan kitab-kitabnya. Beberapa mazhab dan tradisi Kristian juga menggabungkan beberapa naskhah kitab lain didalam kanon Perjanjian Lama. Kitab-kitab yang ditambah ini dikenali sebagai Deuterokanonika ataupun Apokrifa.

Kitab-kitab Apokrifa atau Deuterokanonika

Apabila Jerome menterjemahkan Alkitab kepada bahasa Latin (Alkitab Vulgata) pada awal kurun ke-5 Masehi, beliau telah menggunakan teks Masoretis sebagai teks dasar untuk penterjemahan Perjanjian Lama. Alkitab Vulgata ini menjadi teks umum yang diguna pakai oleh masyarakat Kristian daripada tradisi Barat. Masyarakat Kristian daripada tradisi Timur pada amnya menggunakan teks Septuaginta sebagai teks dasar untuk penterjemahan Perjanjian Lama. Kebanyakkan daripada penterjemahan moden hari ini menggunakan kedua-dua teks Masoretis and Septuaginta sebagai teks dasar dan rujuk silang dan juga merujuk kepada teks-teks kuno yang lain seperti Naskhah-Naskhah Laut Mati (Dead Sea Scrolls).

Kitab-kitab yang dikandungi didalam teks Septuaginta tetapi tiada didalam teks Masoretis dikenali sebagai Deuterokanonika oleh Gereja Katolik Rom. Kebanyakkan daripada masyarakat Kristian Protestan merujuk kepada kitab-kitab ini sebagai Apokrifa dan tidak mengiktirafkan ia sebagai sebahagian kanon Alkitab. Namun demikian, kitab-kitab Apokrifa masih dimasukkan didalam Alkitab terbitan kelompok Protestan didalam bahagian khas yang berasingan daripada Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru sehingga tahun 1820'an kerana ia dianggap sebagai berguna bagi tujuan keagamaan. Gereja Katolik Rom, masyarakat Kristian Ortodoks, dan masyarakat Kristian Oriental mengiktirafkan kitab-kitab ini dan ia lazimnya terkandung sebagai sebahagian daripada susunan kitab Perjanjian Lama.

Perjanjian Baru

Perjanjian Baru terdiri daripada 27 naskhah kitab yang boleh dibahagikan kepada 4 genre. Fokus tulisan-tulisan Perjanjian Baru adalah pada hidup dan ajaran Yesus Kristus. Kebanyakkan daripada kitab-kitab Perjanjian Baru ditulis didalam bahasa Yunani tetapi ada beberapa bahagian yang ditulis didalam bahasa Aramia. Hampir kesemua masyarakat Kristian mengiktirafkan kitab-kitab Perjanjian Baru sebagai sebahagian kanon penuh Alkitab.